Friday 26 August 2016

KEGUGURAN PERLU BERPANTANG & BERURUT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, lama k. Shila tak menulis & kongsikan info mengenai perbidanan. Kali ni k.shila pilih topik KEGUGURAN.  Selama akak menjalankan pernigaan perkhidmatan perbidanan selama 13 tahun dibawah syarikat MOM'S POSTNATAL CARE CONSULTANT & SERVICES, masih ramai Wanita yg tak tahu bahawa KEGUGURAN PERLU BERPANTANG, BERURUT & BERTUNGKU.

Bagi yg tak tahu Siapa SHILASHARIF BIDAN TRADISI boleh check Fb page k.shila:-



Apabila si Ibu diberitahu tentang berita gembira tentang kehamilan tentulah kesyukuran & kegembiraan terpancar dimuka suami & isteri. Tentulah sedih jika KEGUGURAN berlaku ketika menantikan kelahiran cahaya mata.

Keguguran ketika mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan.
  • Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
  • Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.

Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab. 

Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:
  • terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat;
  • terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio. 

Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini. 



Soalannya perlu tak berurut & berpantang?

Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG. 

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar. 

Berapa Lama Tempoh Berpantang ?

Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor  hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan Ibu yg keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.

Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, k.shila selalu mengesyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana utk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yg di ajar oleh org tua-tua dulu adalah tidak practikal lagi kerana masalah kerja & cuti yg pendek. 


Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yg ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku Yg tertinggal didalam Rahim atau disaluran peranakan, mengeluarkan angin, membaikan & melembutkan urat2 yg tegang & menyegarkan badan. 
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.



Jenis2 Makanan Yang Patut Dielakkan,

Elakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.

Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas gugur:-
1. Tekanan emosi @ meroyan
2. Masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
3. Lemah rahim berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
4. Ketidakseimbangan hormon
5. Bengkak dan bisa otot peranakan
6. Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
7. Kebas-kebas sendi
8. Mudah berasa seram sejuk
9. Demam yang tidak kebah
10. Kedinginan seks
11. Kalah dalam perjuangan jimak

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Harap info yang k.shila kongsikan dapat memberi kefahaman & membantu Wanita yg mencari2 jawapan tentang masalah KEGUGURAN. 

Untuk tahu lebih lanjut tentang service Kami Boleh melawat ke Fb account Yg akak share kt atas atau pun hubungi K. Shila 013-6728595 (SMS/ whatsapp/viber/messager )





Saturday 10 October 2015

Urutan Payudara Boleh Mengelakkan Bengkak Susu

Urutan Payudara Boleh Mengelakkan Bengkak Susu

Berjumpa lagi kita..!!! Lama betul tak keluarkan cerita baru ya.. Selama 12 tahun k. shila menjalankan pernigaan dalam bidang perbidanan, urutan dll, banyak betul customer yang mengalami masalah susu tersumbat, bengkak payu dara, ketumbuhan pada payu dara (bukan kanser) tapi lemak atau pun growth pada payudara. Kebanyakan wanita dulu sehingga hari ini masih mengambil sikap sambil lewa terhadap pentingnya penjagaan payu dara.

Bukan susah nak jaga pun, Urutan payudara dapat mencegah dari mendapat kanser payudara disamping untuk memantapkan dan membersarkan payu dara. Para wanita haruslah berusaha untuk mencegahnya. Hanya 10 – 15 minit sehari mengurut payudara, anda dapat menyelamatkan diri dari kanser payudara. Urutan boleh mengunakan baby oil atau pun minyak zaitun. Ianya sangat berkesan. Jadi jangan la malas, kalau malas boleh datang ke Spa K. shila atau pun boleh panggil kami datang ke rumah untuk buat urutan badan & termasuk juga urutan payudara. Suka diingatkan, service kami hanya untuk WANITA SAHAJA. Setakat ini service kami hanya untuk area yang tertentu sila check di FB. Untuk mendapat keterangan lanjut tentang service kami, boleh check FB  & like Page akak ya di,  httpys://www.facebook.com/momspostnatalcare?fref=ts

https://www.facebook.com/Momspostnatalwellnessspahttps://www.facebook.com/ShilasharifMPC?fref=ts & boleh juga hubungi akak di 013 6728595 (Whatsapp, Sms & call)

Kebanyakan wanita hamil mengalami susu susah nak keluar atau pun bengkak susu, meh.. !! akak ceritakan sikit kenapa susu tak boleh keluar dan bagaimana bengkak susu terjadi..  Kenapa perlu urut, bagaimana urutan boleh membantu ?

Ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu.
Saiz payu dara wanita hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak.

Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Sebab itu akak selalu mengalakkan wanita hamil mendapatkan urutan semasa hamil apabila kandungan masuk tujuh bulan, Urutan payudara semasa hamil dapat membantu memudahkan pengeluaran susu selepas melahirkan. Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu




Anda juga hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selalunya selepas bersalin, ada sesetengah ibu yang susu badannya susah nak keluar. Golongan ini mereka memerlukan urutan payudara sebaik sahaja melahirkan , untuk membantu mengeluarkan susu. Ada juga sesetengah ibu yang susu senang keluar. Apabila sudah mula keluar dan baby sudah mula menghisap susu, payudara akan mengeluarkan susu yang lebih banyak, ini menyebabkan payudara mengalami bengkak susu, kerana terlalu bnyk susu yang dihasilkan tetapi tidak dikeluarkan seperti mengepam susu atau pun baby kurang menyusu. Maka terjadinya saluran susu tersumbat ( Blocked Milk Duct).. Apabila bengkak susu berlaku, ibu mula berasa sakit dibahagian payudara yang keras dan kadang-kadang boleh menyebabkan demam kepada ibu selepas bersalin. Bengkak susu ini juga boleh terjadi kepada ibu yang sedang menyusukan anak yang berusia 5-6 bulan, ini terjadi kerana baby sudah mula makan,  jadi baby mula kurang menyusu badan. Maka bengkak susu akan terjadi lagi. Urutan dapat membantu mengurangkan sakit pada payudara & membantu mengeluarkan susu yang tersumbat . Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku”. 

Cara Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Di khuatiri juga bengkak susu jika tidak di elakkan atau pun tidak dipulihkan, boleh menyebabkan ketulan pada payudara dan seterus mengakibatkan penyakit yang lebih teruk seperti ketumbuhan atau pun kanser payudara.

Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang.  Jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering. Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul akan dapat mengekalkan bentuknya terus mantap, kekal pejal & anjal.

Maka marilah kita sama-sama menjaga harta yang sangat bernilai untuk wanita, rajin check payudara & buat urutan, jika tak tahu pergilah bejumpa dengan doktor dan sebagainya. Jangan lupa like & jadi fren dalam Fb akak ya. Sehingga jumpa lagi dalam topic lain ya. Moga maklumat yang akak kongsikan ini dapat membantu dan jangan takut nak urut ya. 

Monday 6 April 2015

RUGINYA KALAU TAK BAGI SUSU IBU


 KEHEBATAN & NILAI SUSU IBU

 Jumpa kita lagi yer dalam tajuk lain pulak. Ni kes susu ibu..!! Nak  menyambut kelahiran bayi kita  memang  menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang  jenis penyusuan untuk bayi kita, k.shila nasihatkan pilihlah penyusuan ibu. Untuk mendapatkan  segala kebaikan susu ibu, ibu digalakkan memberi susu badan sepenuhnya sehingga bayi berumur 6  bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi  tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

 Pernah Tak Terfikir

  1.   Apa rasa susu ibu.
  2.   Apakah perasaan ibu bila menyusukan anak.
  3.  Apakah perasaan bapa /sisuami bila melihat ibu / si isteri menyusukan anak.
  4.  Apakah kebaikan susu untuk baby.
  5.  Apakah & berapakah nilai susu ibu.

Selamat menyelami dan mencari jawapan dengan membaca penuh cerita dan maklumat yg akan k.shila nak share kali ni. Bagi yang tak tau siapa k. Shila. Akak adalah founder Mom’s Postnatal Care Consultant & Services. Kami menjalankan servis urutan, bertungku & penjagaan semasa berpantang, seminar, produk dalam berpantang dan semua berkaitan dgn org mengandung dan hal2 org bersalin lah senang cite. Nak tau lebih lanjut tentang service kami. Moh! Jenguk & jadi fren fb, kami ya.

  https://www.facebook.com/momspostnatalcare?fref=ts

K.shila tak nak cite panjang pasal service kami. Apa yang akak nak share pasal tajuk & soalan kt atas tuuu!Pernah tak kome terfikir atau tanya benda ni dlm kepala, kat sini akak akan jawap satu persatu soalan kt atas tu..


APA RASA SUSU IBU
Sapa pernah rasa? Tau tak rasa dia macamana? Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan pizza, baby pun akan merasa susu pizza lah,. kalau ibu makan tempoyak, susu pun akan rasa tempoyak. Tapi ada juga yg kata rasanya macam santan. Tapi tak da la sesedap makanan tersebut.
Itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa. Tapi ada juga baby yang pandai memilih makanan.

APAKAH PERASAAN IBU SEMASA MENYUSUKAN BAYI
Kalau di tanya pada semua ibu-ibu diseluruh dunia, perasaan tu susah sangat nak di gambokan (ckp org perak) dengan kata-kata.
Perasaan atau rasa ini ada pada dua faktor pada si ibu.

  1)       Fizikal :-
  • Merasakan geli & sakit pada peringkat awal 
  • Rasa ada contraction pada bahagian rahim selepas melahirkan, keadaan ini dirasai dlm beberapa hari. 
  • Rasa hangat, rasa susu mengalir keluar. 

  2)    Emosi :-
  • Rasa yang menyenangkan, memuaskan dan bersantai. 
  • Ada yang mengatakan ketika menyusukan baby, ia membuatkan kita rasa mengantuk 
  • Perasaan sayang teramat sangat dengan anak kita. 
  • Gembira bila pertama kali atau setiap kali susu mengalir. 
  • Perasaan yang melegakan , terutama kalau breast penuh dengan susu (bengkak susu)

APA PERASAAN  BAPA / SUAMI 
Mungkin soalan ni pelik atau mungkin org bertanya, apa kena mengena? Tapi pernah tak terfikir, wahai isteri-isteri.!!. dalam hati kome mesti terfikir  “Hubby i ni asyik tengok je bila  susukan anak” tapi tahu tak apa perasaan deme (suami) melihat isteri menyusukan anak mereka. Jawapannya ialah si suami rasa Bangga, Sayang & Gembira kerana melihat, isterinya mampu untuk menyusukan anak.

APAKAH KEBAIKAN SUSU IBU
Kebanyakkan manusia memang sudah mengetahui kebaikan susu ibu, tapi k.shila nak bgtau juga lagi apakah kebaikan susu ibu:-

KHASIATNYA TIDAK TERNILAI
Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah untuk diri ibu juga. Kebaikan susu juga ada terbahagi kepada dua.

Kebaikkan Kepada Bayi
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.




Kebaikan Kepada Ibu
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan berurut, bertungku & sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

1)            Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
2)            Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
3)            Mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
4)            Mengurangkan risiko osteoporosis
5)            Membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Persediaan sebagai bakal ibu & bapa mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal,cari & hadiri kelas yg besangkutan.
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.




Semasa melahirkan
Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika kome melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Ibu perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
Permulaan awal
Ketika berada bersama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.

Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Kesimpulannya
Menyusukan anak dengan susu ibu adalah pilihan yang terbaik untuk membentuk satu keluarga yang sempurna, bahagia & Harmoni. Paling penting ialah jimat tenaga, wang , sentiasa bersih & yang paling penting HALAL..




Thursday 12 March 2015

AKIBAT / KESAN TAK BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK


Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut & kadang2 deme ni  (ckp org perak) ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang secara traditional tetapi moden.  Syarikat k.shila iaitu Mom’s Postnatal Care Consultant & Services  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara traditional tapi moden. Untuk keterangan lanjut boleh jenguk  untuk nak kongsi & tahu akibat atau kesannya jika tak berpantang.


Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab “Alah..! org tau la” dlm hati kata “dah tua nanti semua org sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”.. Kalau ada yang buat macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini barusalah satu kesan.. nanti k.shila kongsikan banyak lg kesan. Tolong baca ia penting ok!!!



 Apakah Akibat & Kesan :

 Rahim Jatuh / Prolapse

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.


Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
      -  kerap kencing
      -  sakit ketika nak kencing
      -  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
         di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.


Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk berpantang, boleh jenguk & jadi fren Fb kami, 


Dekat sini adalah produk yang kami rekomen untuk digunakan & kesan yg sangat bagus.. Paling penting kami bagi bnyk diskaun% . 



Thursday 18 December 2014

BERBENGKUNG BOLEH CANTIK

APAKAH KEBAIKAN BERBENGKUNG:-

Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita.. 

Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat & perhatian suami.

Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama.

Kebaikan Berbengkung:-
1) Dipercayai dapat mengempiskan perut
2) Mengecutkan rahim selepas bersalin
3) Mengelakkan masalah buncit
4) Mengembalikan kedudukan peranakan
5) Menghilangkan sakit belakang
6) Merampingkan perut
7) Memepercepatkan pengeluaran darah kotor
8) Mengelakkan badan daripada masuk angin
9) Menyokong rahim drpd beralih drpd kedudukan asal
10) Memperoleh badan yang sihat dan langsing
11) Mengelakkan penggumpulan lemak dibahagian-bahagian tertentu terutamanya pinggang dan paha
12) Membantu mengawal selera makan
13) Menegangkan kembali otot-otot perut & mengencangkan otot-otot wanita selepas bersalin
14) Menyokong tulang belakang
15) Membaiki postur pelvik untuk kembali ke ukuran asal
16) Mengelakkan otot perut kendur dan menggelebeh.

Bagi yang bersalin secara c-zer, adalah digalakkan untuk menunggu dalam masa 2 minggu - 1 bulan sebelum memakai bengkung kecuali bengkung moden yang disediakan khas untuk ibu yg bersalin c-zer.. 

Janganlah pandang remeh pada pemakaian bengkung, selalu wanita yg malas nak menjaga kecantikan dan kesihatan akan memberikan bermacam2 alasan.. "Panaslah, lecehlah, ketatlah, org yg tak pakai tu elok je" itu lah kata tg selalu di bagi.. Jadi kalau nak cantik kena sakit sikit, leceh sikit, ketat sikit.. So hasilnya superb gourges, super cantik.. 😍

Thursday 11 December 2014

BERURUT UNTUK KURUS & BENTUK BADAN MENARIK

Tahukah Anda Berurut Boleh Buat Anda Kurus & Mendapatkan Bentuk Yang Menarik.

URUTAN PECAH LEMAK
Nak menghilangkan berat ni agak mencabar bagi ibu selepas bersalin. Wanita yg baru melahirkan tak boleh diet sembarangan, apatah lagi senaman ikut suka. Di tambah pula dengan adanya baby baru perhatian lebih kpd baby.. Jadi saat ni merupakan saat yang penting dan mencabar, kena pastikan badan sentiasa bertenaga walaupun diet.
Boleh dikatakan seluruh wanita didunia ini mahu mempunyai potongan badan yg menarik & cantik..

Bentuk badan yang cantik bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, tetapi membantu seseorang itu mudah untuk memilih jenis pakaian yang diingini.
Setiap teknik urutan badan membolehkan sel-sel lemak di dalam badan diuraikan. Urutan yang berkesan akan menyebabkan berasa gatal-gatal di bahagian yang diurut. Ia perkara normal kerana menunjukkan proses pemecahan lemak sedang berlaku.

Salah satu cara yang paling cepat untuk menghilangkan selulit adalah URUTAN. Dengan urutan, saliran darah jadi lebih lancar, dan sel-sel lemak boleh lebih mudah dihancurkan.

Jadi tunggu apa lagi.. Jadikanlah urutan sebagai salah satu agen pemecah lemak anda, disamping diet & senaman.. Inshaallah akan nampak hasil jika dilakukan secara berterusan.. Lebih-lebih lagi selepas bersalin. 

Moga perkongsian ilmu ini dapat manafaat kepada wanita diluar sana yg tidak ada bajet besar utk kurus. Untuk kurus & mendapatkan bdn yg menarik tidak semestinya memerlukan bajet yg besar. Jadi jgn bagi alasan kepada diri sendiri untuk kelihatan cantik ok. " Wanita yg kelihatan menarik & cantik adalah wanita yg tahu menghargai diri mereka".. 




Wednesday 10 December 2014

PENTINGNYA BERTUNGKU SEMASA BERPANTANG

Kami ingin berkongsi kelebihan BERTUNGKU.. 
Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki-baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain).

Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

Bahagian Peranakkan
Bertujuan untuk mengecutkan peranakkan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir.
Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan rasa tidak selesa, seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Bertungku di bahagian ini dapat membantut mengecutkan rahim dgn cepat.

Bahagian Badan
Iaitu di bahagian dada, ulu hati, tengkuk dan belikat. Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik, membolehkan air susu keluar dengan lancar. Di bahagian tengkuk, bertungku dpt memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Bahagian Bawah Badan
Iaitu bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki.

Bertungku juga dipercayai dapat:
1)Memecahkan lemak;
2)Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
3)Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Jadikan bertungku suatu perkara yg penting semasa menjalani proses berpantang. Kerana kebaikannya terhadap tubuh kita selepas kita menjalani proses melahirkan anak. Juga untuk memastikan kesihatan kita bagus atau dlm keadaan baik untuk jangka masa panjang.

Jika anda tidak tahu bagaimana melakukan aktiviti bertungku. Mintak nasihat org yg pakar atau pengamal penjagaan semasa berpantang (tukang urut / bidan) yg berpengalaman luas.. Moga anda dapat manafaat di atas pengkongsian ilmu ini.. 





Tuesday 9 December 2014

KEBAIKKAN URUTAN BAYI

HARI INI KAMI INGIN BERKONGSI MENGENAI KEBAIKKAN MENGURUT BAYI. (BABY MASSAGE)
Urutan bukan hanya melegakan sendi otot dan menghilangkan tekanan bagi orang dewasa, tetapi bayi juga memerlukan urutan untuk menjadikan mereka lebih peka terhadap persekitaran, selesa, sihat dan cergas.
Namun di Malaysia, kepentingan urutan kepada bayi masih belum meluas serta tidak ramai ibu bapa tahu mengenai kebaikannya kepada bayi, terutama berusia 18 bulan ke bawah.
Ramai ibu bapa hari ini yang bekerja dan sibuk hinggakan tiada masa bersama anak. Namun sibuk bukan alasan dan batasan untuk mereka meluangkan masa bersama bayi, meskipun hanya seketika.
Urutan bayi sebenarnya sangat penting kerana ia boleh merapatkan hubungan di antara ibu dan anak. Sentuhan ibu sangat penting untuk memberikan ketenangan kepada bayi.
Bayi yang mendapat sentuhan dan urutan daripada ibu akan lebih peka dan fokus terhadap sekeliling mereka, sekali gus dapat menghidu bau ibu yang mampu memberi impak positif terhadap perkembangan mereka.
Sentuhan adalah satu daripada cara ibu berkomunikasi dengan bayi mereka. Urutan juga mampu merangsang pengeluaran hormon serotonin yang juga dikenali sebagai terapi gembira yang membantu melega dan memberi ketenangan kepada bayi.
Kajian menunjukkan, urutan bayi dengan cara betul memberi banyak kesan positif, termasuk menggalakkan interaksi antara ibu bapa dan bayi.
Jika ada ibu bapa yang masih ragu-ragu atau takut untuk mengurut bayi, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang terlatih dan mempelajari teknik betul.
Di Malaysia, pendedahan mengenai urutan bayi masih kurang berbanding luar negara.
Kajian di buat di luar negara:- beberapa jururawat Hospital Bellevue di Amerika Syarikat berjaya mengurangkan kadar kematian bayi daripada 30 hingga 10 peratus hanya dengan melakukan belaian dan sentuhan. Inshaallah..
Antara kebaikan baby massage ni adalah :
1) Meningkatkan berat badan baby sebanyak 47 peratus. 
2) Membantu menguatkan system imunisasi tubuh.
3) Meransang kebolehan dan perkembangan baby contoh cepat berjalan.
4) Membantu perkembangan emosi baby kerana terasa diri dia dilindungi, lebih yakin dan berdikari.
5) Membantu baby tidur lena dan lebih lama.
6) Mengurangkan masalah kembung perut dan melancarkan proses penghadaman
7) Meningkatkan keakraban baby & ibu @ bapa.. 
8) Menguatkan ketahanan tubuh badan
9) Memperbaiki perjalanan darah memperbaiki sistem penghadaman
10) Merangsang aliran oksigen dalam badan
11) Membantu perkembangan fungsi otot.
12) Meredakan kesakitan apabila demam
13) Memudahkan penyingkiran bahan toksin
14) Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
Jika anda mencari perkhimatan berurut selepas bersalin (Posnatal Massage) & Penjagaan semasa berpantang (Confinement Care).. Kami juga ada urut sebelum bersalin (Prenatal Massage).. Urutan ni bermula kandungan yg berumur 4bln keatas.. Kami juga ada urutan untuk baby.. boleh hubungi kami di 013-6728595 PN. Shila.. Untuk keterangan lanjut (Call, sms, whatsapp, viber) tq..
visit & like our page 
https://www.facebook.com/momspostnatalcare

Sunday 7 December 2014

MAKANAN YG DISYORKAN SEMASA HAMIL




Wanita hamil tidak dapat lari daripada pantang larang demi memastikan kesihatan dan keselamatan buat dirinya dan bayi di dalam kandungan. Pantang larang ini harus sentiasa dipatuhi tidak kira samada sebelum atau selepas kelahiran bayi.
Peranan petua lama-lama yang diwarisi oleh nenek moyang sememangnya diakui keberkesanannya dan membuatkan wanita hamil moden hari ini tidak boleh memandang remeh tentang khasiat petua warisan lama masyarakat Melayu.
Kebiasaannya, pantang larang dilihat pada sudut tradisional. Namun, terdapat juga pantang larang dari sudut perubatan moden sebagai panduan para ibu moden hari ini.

Peringkat Awal Hamil – Trimester Pertama (1-3 bulan):

 Pada peringkat awal ini, biasanya wanita hamil akan berasa pening dan loya-loya. Hal ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dari segi fizikal dan mental.
Justeru, dinasihatkan ibu hamil mengelakkan makanan yang meloyakan seperti susu atau makanan-makanan berlemak.
Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah.
Ubat-ubatan yang meragukan tanpa mendapat kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu.
Digalakkan supaya elakkan makan atau minum yang bersifat tajam dikhuatiri bagi mengelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa. 
Tidak digalakkan berjumpa orang-orang yang menghidap penyakit berjangkit.
 Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat.

 Peringkat Pertengahan, Trimester Kedua (3-6 bulan):
 Pada peringkat ini, ibu hamil sudah berasa semakin stabil dari segi emosi dan fizikal. Walaupun akan terasa sedikit lenguh dan sengal pada bahagian pinggang, hal ini masih tidak serius. Senaman ringan yang ringkas digalakkan buat ibu hamil pada peringkat ini dengan berpandukan jurulatih bertauliah atau sumber rujukan lain.
Peringkat Akhir, Trimester Ketiga (6-9 bulan):
 Pada peringkat ini, berat badan ibu hamil semakin bertambah dan perut juga menjadi semakin besar. Ibu hamil cukup sekadar melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan sambil menghirup udara segar.
Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan pada peringkat ini untuk memastikan tubuh ibu tidak terhidrat dan bekalan air ketuban sentiasa mencukupi buat bayi di dalam rahim.
Makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan muntah disebabkan keadaan bayi yang semakin membesar dan faktor kedudukan ruang perut.
Jika anda mencari perkhimatan berurut selepas bersalin (Postnatal Massage) & Penjagaan semasa berpantang (Confinement Care).. Kami juga ada urut sebelum bersalin (Prenatal Massage).. Urutan ni bermula kandungan yg berumur 4bln keatas.. boleh hubungi kami di 013-6728595 PN. Shila.. Untuk keterangan lanjut (Call, sms, whatsapp, viber) tq..
visit & like our page 
https://www.facebook.com/momspostnatalcare