Wednesday 10 December 2014

PENTINGNYA BERTUNGKU SEMASA BERPANTANG

Kami ingin berkongsi kelebihan BERTUNGKU.. 
Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki-baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain).

Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

Bahagian Peranakkan
Bertujuan untuk mengecutkan peranakkan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir.
Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan rasa tidak selesa, seolah-olah ada benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Bertungku di bahagian ini dapat membantut mengecutkan rahim dgn cepat.

Bahagian Badan
Iaitu di bahagian dada, ulu hati, tengkuk dan belikat. Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik, membolehkan air susu keluar dengan lancar. Di bahagian tengkuk, bertungku dpt memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Bahagian Bawah Badan
Iaitu bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki.

Bertungku juga dipercayai dapat:
1)Memecahkan lemak;
2)Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
3)Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Jadikan bertungku suatu perkara yg penting semasa menjalani proses berpantang. Kerana kebaikannya terhadap tubuh kita selepas kita menjalani proses melahirkan anak. Juga untuk memastikan kesihatan kita bagus atau dlm keadaan baik untuk jangka masa panjang.

Jika anda tidak tahu bagaimana melakukan aktiviti bertungku. Mintak nasihat org yg pakar atau pengamal penjagaan semasa berpantang (tukang urut / bidan) yg berpengalaman luas.. Moga anda dapat manafaat di atas pengkongsian ilmu ini.. 





No comments:

Post a Comment