Thursday 12 March 2015

AKIBAT / KESAN TAK BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK


Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut & kadang2 deme ni  (ckp org perak) ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang secara traditional tetapi moden.  Syarikat k.shila iaitu Mom’s Postnatal Care Consultant & Services  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara traditional tapi moden. Untuk keterangan lanjut boleh jenguk  untuk nak kongsi & tahu akibat atau kesannya jika tak berpantang.


Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab “Alah..! org tau la” dlm hati kata “dah tua nanti semua org sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”.. Kalau ada yang buat macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini barusalah satu kesan.. nanti k.shila kongsikan banyak lg kesan. Tolong baca ia penting ok!!!



 Apakah Akibat & Kesan :

 Rahim Jatuh / Prolapse

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.


Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
      -  kerap kencing
      -  sakit ketika nak kencing
      -  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
         di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.


Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk berpantang, boleh jenguk & jadi fren Fb kami, 


Dekat sini adalah produk yang kami rekomen untuk digunakan & kesan yg sangat bagus.. Paling penting kami bagi bnyk diskaun% . 



17 comments:

  1. Tq for sharing sis, Seram tengok..terutama bila bab rahim jatuh..moral of value kena berpantang ,bukan lama pun 44 hari je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sbb sudi baca & komen, pls share ya untuk kebaikan & manafaat bersama. sudi2 la jenguk & like page kami & lagi bagus kalau jadi fb fren ya. :)

      Delete
  2. What say you about other races? Let say European or Arabic or African. Will they get prolapse for sure in the old age?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, thank for ur comment.. this prolapse will happen to any women in this world, if they dont take care their womb & prevent it before they face this problem. u can send me message if u want to know about this tq

      Delete
  3. Memang la beroantang sbb badan nak pakai lama. Yg pantang lun sakit sana sini yg x pabtang tu lagi la sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi bebenor Ibu Lala, tolong share ya untuk manafaat bersama. tq

      Delete
  4. Nak tanya pasal, ada cara ke nak naik.kan kembali rahim yg jatuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh like & comment kt page or jadi fren fb saya, kt sana nanti boleh pm sy untuk dapatkan maklumat untuk prevent this problem.. tq

      Delete
  5. orang yg berpantang semasa bersalin lebih cergas dan sihat, berbanding orang tak berpantang. baru masuk umo 40an dah mula sakit2 badan dan lemah..

    ReplyDelete
  6. Pentingnya amalan berpantang selepas melahirkan anak.Hargai kesihatan diri sendiri.Boleh dapatkan Ebook Panduan Lengkap Berpantang Tradisional & Moden, RM30 sahaja.sms/whatsapp "Ebook Pantang" ke 010-7790237.Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. mmg kene selalu beringat ni.. terutama kpd ibu yg berpantang sendiri dan kene jg ank2 kecil yg lain..

    ReplyDelete
  8. tq info yang berguna

    sharing

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/05/makanan-minuman-buah-buahan-sayur.html

    ReplyDelete
  9. tq info yang berguna

    sharing

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/05/makanan-minuman-buah-buahan-sayur.html

    ReplyDelete
  10. bab rahim jatuh tu nak tengok gambar kat google..uih seram sungguh..huhu

    www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  11. Tq info ni sangat baik utk kaum wanita lepas bersalin.

    ReplyDelete
  12. Mcm mna nk bg jahit cepat sembuh. N bg drah nifas cpat habis ye. Sy tgok jahit mcm yg misi sroh tgok pkai cermin. Mcm da cntum cuma yg plik mcm ade ksan melecet dkat jahit tu. Pdih n tersiksa sgt. Sy rase mungkin kerana begesel dgn pad ketika bergerak.

    ReplyDelete
  13. Bagus info ni. Penjagaan rapi selepas melahirkan sangat perlu, kalau tidak sakit sekarang, dikhuatiri bila dah tua nanti terasa pulak

    ReplyDelete