Friday 26 August 2016

KEGUGURAN PERLU BERPANTANG & BERURUT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, lama k. Shila tak menulis & kongsikan info mengenai perbidanan. Kali ni k.shila pilih topik KEGUGURAN.  Selama akak menjalankan pernigaan perkhidmatan perbidanan selama 13 tahun dibawah syarikat MOM'S POSTNATAL CARE CONSULTANT & SERVICES, masih ramai Wanita yg tak tahu bahawa KEGUGURAN PERLU BERPANTANG, BERURUT & BERTUNGKU.

Bagi yg tak tahu Siapa SHILASHARIF BIDAN TRADISI boleh check Fb page k.shila:-



Apabila si Ibu diberitahu tentang berita gembira tentang kehamilan tentulah kesyukuran & kegembiraan terpancar dimuka suami & isteri. Tentulah sedih jika KEGUGURAN berlaku ketika menantikan kelahiran cahaya mata.

Keguguran ketika mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan.
  • Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
  • Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.

Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab. 

Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:
  • terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat;
  • terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio. 

Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini. 



Soalannya perlu tak berurut & berpantang?

Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG. 

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar. 

Berapa Lama Tempoh Berpantang ?

Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor  hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan Ibu yg keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.

Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, k.shila selalu mengesyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana utk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yg di ajar oleh org tua-tua dulu adalah tidak practikal lagi kerana masalah kerja & cuti yg pendek. 


Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yg ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku Yg tertinggal didalam Rahim atau disaluran peranakan, mengeluarkan angin, membaikan & melembutkan urat2 yg tegang & menyegarkan badan. 
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.



Jenis2 Makanan Yang Patut Dielakkan,

Elakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.

Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas gugur:-
1. Tekanan emosi @ meroyan
2. Masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
3. Lemah rahim berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
4. Ketidakseimbangan hormon
5. Bengkak dan bisa otot peranakan
6. Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
7. Kebas-kebas sendi
8. Mudah berasa seram sejuk
9. Demam yang tidak kebah
10. Kedinginan seks
11. Kalah dalam perjuangan jimak

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Harap info yang k.shila kongsikan dapat memberi kefahaman & membantu Wanita yg mencari2 jawapan tentang masalah KEGUGURAN. 

Untuk tahu lebih lanjut tentang service Kami Boleh melawat ke Fb account Yg akak share kt atas atau pun hubungi K. Shila 013-6728595 (SMS/ whatsapp/viber/messager )





15 comments:

  1. banyak info yang menarik..tq k.shila

    ReplyDelete
  2. Saya baru keguguran kali ke2 hari ini. Sedih sangat sebab suami sangat mahukan anak. Saya berumur 41 tahun. Ada nasihat untuk saya hamil sekali lagi?

    ReplyDelete
  3. Saya baru sahaja keguguran semalam... tapi kandungan terlalu awal... 6 mggu... terima kasih atas info yang diberikan ini.. mmg bdan terase sakit2 dan urat2 sendi2...

    ReplyDelete
  4. Saya pun bru kguguran kli kedua. Mmg down sgt

    ReplyDelete
  5. Sy baru 5 hari keguguran.. Kembar plak tue dah 5 tahun penantian.. Sy redho.. Mgkin ade rezeki yg lagi baik Allah nak bg lepas nie... Harap sy bleh mengandung lagi lepas nie.. Aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun keguguran 14 sept 2018. Kali kedua. 6 tahun tunggu. Sedih, tp redha. Hrp boleh mengandung lagi, aminn

      Delete
  6. Sy baru 5 hari keguguran.. Kembar plak tue dah 5 tahun penantian.. Sy redho.. Mgkin ade rezeki yg lagi baik Allah nak bg lepas nie... Harap sy bleh mengandung lagi lepas nie.. Aminnnn

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sy dh 3x gugur..thn ni je 2x..bln 5 n bln 12..ni tgh pntang..sy betungku tp kt perut tak..bidan kata xboleh..urut pun dia kata lps sebulan..awal2 takut tumpah darah..sy ikut je sbb mak2 sy pn xde pengalmn gugur.hati ni teringin nak baby lg tp takut bila dh byk kali gugur.

    ReplyDelete
  9. Saya baru hari selasa lepas keguguran 8 minggu..punca batuk terlalu kuat tanpa henti...1st gugur..anak no.3...sedih tapi redha..

    ReplyDelete
  10. Amalkn pinklady ...if berminat blh pm ws saya 0142970791

    ReplyDelete
  11. Saya baru alami keguguran semalam. Ya Allah sedihnya Tuhan je yang tahu. Tanpa ada siapa² yang tahu. Dan tanpa yang tersayang di sisi. Semuanya saya lakukan sendiri. Menangis sampai ke malam seorang diri. Apa yang perlu saya lakukan? Macam mana saya nak jaga diri saya sendiri? Saya tak tahu apa apa. Saya sakit, sakit sangat

    ReplyDelete