Monday 6 April 2015

RUGINYA KALAU TAK BAGI SUSU IBU


 KEHEBATAN & NILAI SUSU IBU

 Jumpa kita lagi yer dalam tajuk lain pulak. Ni kes susu ibu..!! Nak  menyambut kelahiran bayi kita  memang  menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang  jenis penyusuan untuk bayi kita, k.shila nasihatkan pilihlah penyusuan ibu. Untuk mendapatkan  segala kebaikan susu ibu, ibu digalakkan memberi susu badan sepenuhnya sehingga bayi berumur 6  bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi  tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

 Pernah Tak Terfikir

  1.   Apa rasa susu ibu.
  2.   Apakah perasaan ibu bila menyusukan anak.
  3.  Apakah perasaan bapa /sisuami bila melihat ibu / si isteri menyusukan anak.
  4.  Apakah kebaikan susu untuk baby.
  5.  Apakah & berapakah nilai susu ibu.

Selamat menyelami dan mencari jawapan dengan membaca penuh cerita dan maklumat yg akan k.shila nak share kali ni. Bagi yang tak tau siapa k. Shila. Akak adalah founder Mom’s Postnatal Care Consultant & Services. Kami menjalankan servis urutan, bertungku & penjagaan semasa berpantang, seminar, produk dalam berpantang dan semua berkaitan dgn org mengandung dan hal2 org bersalin lah senang cite. Nak tau lebih lanjut tentang service kami. Moh! Jenguk & jadi fren fb, kami ya.

  https://www.facebook.com/momspostnatalcare?fref=ts

K.shila tak nak cite panjang pasal service kami. Apa yang akak nak share pasal tajuk & soalan kt atas tuuu!Pernah tak kome terfikir atau tanya benda ni dlm kepala, kat sini akak akan jawap satu persatu soalan kt atas tu..


APA RASA SUSU IBU
Sapa pernah rasa? Tau tak rasa dia macamana? Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan pizza, baby pun akan merasa susu pizza lah,. kalau ibu makan tempoyak, susu pun akan rasa tempoyak. Tapi ada juga yg kata rasanya macam santan. Tapi tak da la sesedap makanan tersebut.
Itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa. Tapi ada juga baby yang pandai memilih makanan.

APAKAH PERASAAN IBU SEMASA MENYUSUKAN BAYI
Kalau di tanya pada semua ibu-ibu diseluruh dunia, perasaan tu susah sangat nak di gambokan (ckp org perak) dengan kata-kata.
Perasaan atau rasa ini ada pada dua faktor pada si ibu.

  1)       Fizikal :-
  • Merasakan geli & sakit pada peringkat awal 
  • Rasa ada contraction pada bahagian rahim selepas melahirkan, keadaan ini dirasai dlm beberapa hari. 
  • Rasa hangat, rasa susu mengalir keluar. 

  2)    Emosi :-
  • Rasa yang menyenangkan, memuaskan dan bersantai. 
  • Ada yang mengatakan ketika menyusukan baby, ia membuatkan kita rasa mengantuk 
  • Perasaan sayang teramat sangat dengan anak kita. 
  • Gembira bila pertama kali atau setiap kali susu mengalir. 
  • Perasaan yang melegakan , terutama kalau breast penuh dengan susu (bengkak susu)

APA PERASAAN  BAPA / SUAMI 
Mungkin soalan ni pelik atau mungkin org bertanya, apa kena mengena? Tapi pernah tak terfikir, wahai isteri-isteri.!!. dalam hati kome mesti terfikir  “Hubby i ni asyik tengok je bila  susukan anak” tapi tahu tak apa perasaan deme (suami) melihat isteri menyusukan anak mereka. Jawapannya ialah si suami rasa Bangga, Sayang & Gembira kerana melihat, isterinya mampu untuk menyusukan anak.

APAKAH KEBAIKAN SUSU IBU
Kebanyakkan manusia memang sudah mengetahui kebaikan susu ibu, tapi k.shila nak bgtau juga lagi apakah kebaikan susu ibu:-

KHASIATNYA TIDAK TERNILAI
Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah untuk diri ibu juga. Kebaikan susu juga ada terbahagi kepada dua.

Kebaikkan Kepada Bayi
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.




Kebaikan Kepada Ibu
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan berurut, bertungku & sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi
Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

1)            Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
2)            Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
3)            Mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
4)            Mengurangkan risiko osteoporosis
5)            Membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Persediaan sebagai bakal ibu & bapa mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal,cari & hadiri kelas yg besangkutan.
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.




Semasa melahirkan
Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika kome melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Ibu perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
Permulaan awal
Ketika berada bersama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.

Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Kesimpulannya
Menyusukan anak dengan susu ibu adalah pilihan yang terbaik untuk membentuk satu keluarga yang sempurna, bahagia & Harmoni. Paling penting ialah jimat tenaga, wang , sentiasa bersih & yang paling penting HALAL..




1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site - Slots & Live Casino Games
    Lucky Club Casino is a well-known online casino and gambling site. The site offers a variety of games luckyclub.live to its players, a wide variety of casino games and live

    ReplyDelete