KEHEBATAN & NILAI
SUSU IBU
Jumpa kita lagi yer dalam tajuk lain pulak. Ni kes susu ibu..!! Nak menyambut kelahiran bayi kita memang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk.
Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi kita, k.shila
nasihatkan pilihlah penyusuan ibu. Untuk mendapatkan segala kebaikan susu ibu,
ibu digalakkan memberi susu badan sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan
diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya
bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain
daripada susu ibu.
Pernah Tak Terfikir
- Apa rasa susu ibu.
- Apakah perasaan ibu bila menyusukan anak.
- Apakah perasaan bapa /sisuami bila melihat ibu / si isteri menyusukan anak.
- Apakah kebaikan susu untuk baby.
- Apakah & berapakah nilai susu ibu.
Selamat menyelami dan mencari jawapan dengan membaca penuh cerita dan
maklumat yg akan k.shila nak share kali ni. Bagi yang tak tau siapa k. Shila.
Akak adalah founder Mom’s Postnatal Care
Consultant & Services. Kami menjalankan servis urutan, bertungku
& penjagaan semasa berpantang, seminar, produk dalam berpantang dan semua
berkaitan dgn org mengandung dan hal2 org bersalin lah senang cite. Nak tau
lebih lanjut tentang service kami. Moh! Jenguk & jadi fren fb, kami ya.
https://www.facebook.com/momspostnatalcare?fref=ts
K.shila tak nak cite panjang pasal service kami. Apa yang akak nak share pasal tajuk & soalan kt atas tuuu!Pernah tak kome terfikir atau tanya benda ni dlm kepala, kat sini akak akan jawap satu persatu soalan kt atas tu..
https://www.facebook.com/momspostnatalcare?fref=ts
K.shila tak nak cite panjang pasal service kami. Apa yang akak nak share pasal tajuk & soalan kt atas tuuu!Pernah tak kome terfikir atau tanya benda ni dlm kepala, kat sini akak akan jawap satu persatu soalan kt atas tu..
APA RASA SUSU IBU
Sapa pernah rasa? Tau tak rasa dia macamana? Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu
ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan pizza, baby pun akan merasa susu
pizza lah,. kalau ibu makan tempoyak, susu pun akan rasa tempoyak. Tapi ada
juga yg kata rasanya macam santan. Tapi tak da la sesedap makanan tersebut.
Itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah
bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang
menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan
dengan pelbagai perisa. Tapi ada juga baby yang pandai memilih makanan.
APAKAH PERASAAN IBU SEMASA MENYUSUKAN BAYI
Kalau di tanya pada semua ibu-ibu diseluruh dunia, perasaan tu susah
sangat nak di gambokan (ckp org perak) dengan kata-kata.
Perasaan atau rasa ini
ada pada dua faktor pada si ibu.
1) Fizikal :-
- Merasakan geli & sakit pada peringkat awal
- Rasa ada contraction pada bahagian rahim selepas melahirkan, keadaan ini dirasai dlm beberapa hari.
- Rasa hangat, rasa susu mengalir keluar.
2) Emosi :-
- Rasa yang menyenangkan, memuaskan dan bersantai.
- Ada yang mengatakan ketika menyusukan baby, ia membuatkan kita rasa mengantuk
- Perasaan sayang teramat sangat dengan anak kita.
- Gembira bila pertama kali atau setiap kali susu mengalir.
- Perasaan yang melegakan , terutama kalau breast penuh dengan susu (bengkak susu)
APA PERASAAN BAPA / SUAMI
Mungkin soalan ni pelik atau mungkin org bertanya, apa kena mengena?
Tapi pernah tak terfikir, wahai isteri-isteri.!!. dalam hati kome mesti
terfikir “Hubby i ni asyik tengok je
bila susukan anak” tapi tahu tak apa
perasaan deme (suami) melihat isteri menyusukan anak mereka. Jawapannya ialah
si suami rasa Bangga, Sayang & Gembira
kerana melihat, isterinya mampu untuk menyusukan anak.
APAKAH KEBAIKAN SUSU IBU
Kebanyakkan manusia memang sudah mengetahui kebaikan susu ibu, tapi
k.shila nak bgtau juga lagi apakah kebaikan susu ibu:-
KHASIATNYA TIDAK TERNILAI
Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Ganjaran
bukan hanya untuk bayi malah untuk diri ibu juga. Kebaikan susu juga ada terbahagi
kepada dua.
Kebaikkan Kepada Bayi
Susu ibu merupakan makanan dan
minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam
bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas
melahirkan, susu pertama kental berwarna
kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum.
Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan
jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-
birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan
kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu
mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada.
Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak
mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu
ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu
tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah
ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah
mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan
mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas
bakteria. Selain itu ia mengandungi
anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel
darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi
(immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi
berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan,
antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar
kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia
tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan
menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa
pada suhu badan dan sentiasa steril.
Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari.
Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi
penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan
Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu
mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Kebaikan Kepada Ibu
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan
bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian
perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda
boleh melangsingkan badan dibantu dengan
berurut, bertungku & sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan
anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang
dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia
juga mengurangkan risiko pendarahan
berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai
berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan.
Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan
menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu
terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini
dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu,
sentuhan dan wajah akan terakam pada
ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih
mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si
ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan
membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri
mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh
susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada,
bersih dan terjamin selamat. Susu badan
dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan
juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka
tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui
bayi
Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi
dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan
berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini
pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang
berpengalaman.
1) Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
2) Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
3) Mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
4) Mengurangkan risiko osteoporosis
5) Membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin
Persediaan sebagai bakal ibu & bapa mungkin perlu banyak membaca
berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal,cari &
hadiri kelas yg besangkutan.
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang
boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital
kerajaan yang berhampiran.
Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja
rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda
mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat
adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika kome melahirkan anak
di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk
mendapatkan sentuhan. Ibu perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan
segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran
bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
Permulaan awal
Ketika berada bersama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan
bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti
memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini
bayi paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika
bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat
mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan
kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan
susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi
boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
Ibu dan bayi bersama
setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu
jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi
menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu
dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan
penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa
anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia,
Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di
kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu
untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan
tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal,
menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri
terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang
bimbang buah dada akan melendur.
Kesimpulannya
Menyusukan anak dengan
susu ibu adalah pilihan yang terbaik untuk membentuk satu keluarga yang
sempurna, bahagia & Harmoni. Paling penting ialah jimat tenaga, wang ,
sentiasa bersih & yang paling penting HALAL..